Kapten Captain | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Kor Marin Tentera Udara Tentera Angkasa | |
Singkatan | CPT (Army) Capt (Marine Corps, Air Force dan Space Force) | |
Kumpulan pangkat | Pegawai kompeni | |
Kod NATO |
OF-2 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Mejar | |
Pangkat rendah seterusnya | Leftenan Pertama | |
Persamaan pangkat |
| |
Di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat (USA), Kor Marin (USMC), Tentera Udara (USAF) dan Tentera Angkasa (USSF), Kapten adalah pangkat pegawai kompeni, dengan gred gaji O-3. Ia berkedudukan atas leftenan pertama dan di bawah mejar. Ia setaraf dengan pangkat leftenan dalam sistem pangkat pegawai Tentera Laut/Pengawal Pantai dan ia berbeza daripada pangkat Tentera Laut/Pengawal Pantai yang lebih tinggi iaitu kepten. Tanda pangkat kapten berbentuk dua bar perak, dengan sedikit perbezaan gaya antara versi Tentera Darat/Tentera Udara dan versi Kor Marin.